Gara gara juadah sayur daun kelor (moringa), satu keluarga di Desa Juruan Daya, Kecamatan Batu Putih, Semenep, Indonesia, telah keracunan makanan dan terpaksa dibawa ke hospital.
Kejadian ini berlaku pada 22 Oktober, 2012 sejurus selepas lima anggota keluarga ini selesai makan tengahari, hidangan nasi jagung, ikan dan sayur daun kelor.
Empat mangsa telah dirawat di pusat rawatan Puskesmas Batu Putih dan seorang di IRD RSD Dr H Moh Anuar Sumenep. Ketua pusat IRD RSD, Dr Suhartinah menyatakan semua mangsa mengalami gejala mirip keracunan makanan seperti pening, perut kembung, mual dan muntah muntah.
Seorang dari mangsa bernama Muarifatuddiniyah paling parah keadaan nya sehingga tidak sedarkrn diri beberapa ketika, terpaksa dibawa ke hospital daerah (RSD) untuk rawatan lebih teliti.
*Sumber: Surabaya Tribunnews
Berdasarkan kajian ilmiah dan saintifik, manfaat daun moringa amat banyak, jauh mengatasi keburukannya.
Antara kesan sampingan daun kelor yang ditemui adalah:
1. Menurunkan tekanan darah, menyebabkan kadar denyutan jantung jadi perlahan kerana kandungan alkaloid di dalamnya.
2. Pengecutan rahim kesan tindak balas daripada kulit moringa
3. Mutasi sel yang disebabkan oleh bahan kimia yang terhasil daripada biji moringa yang dipanggang.
4. Gangguan kesuburan
5. Sakit perut, gas atau cirit-birit kerana sifat julap tumbuhan ini.
Maka amat tinggi risikonya jika tumbuhan moringa diambil dalam bentuk asal tanpa sukatan (dos) yang tepat. Berita 5 orang ahli satu keluarga keracunan makanan di Indonesia sejurus selesai makan tengahari bersayurkan daun moringa (kelor) itu wajar dijadikan teladan.
Adalah lebih baik mengambil moringa yang telah siap diproses dalam bentuk serbuk, pil atau kapsul dan pastikan ia dari sumber yang benar benar boleh dipercayai.
Sila layari Web ini : https://websaya.biz/cybermom