Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin Dan Makhluk Halus

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin Dan Makhluk Halus

RM 0.00

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin Dan Makhluk Halus
Keajaiban dan kebaikan daun moringa dalam perubatan tradisional para dukun, pawang, bomoh dan pengamal rawatan rukyah cara Islam. Mistik daun moringa, mitos kelor atau merunggai yang ditakuti jin dan makhluk ghaib serta fakta sains moden dan testimoni kebaikan moringa terhadap berbagai masalah kesihatan manusia.

Teringat masa dulu, di depan rumah saya ada sepohon pokok merunggai atau moringa. Waktu itu heboh kisah orang minyak masuk rumah waktu malam dan mengganggu wanita khususnya yang masih dara. Entah kenapa berpusu-pusulah jiran tetangga sekitar kampung saya datang mengambil daun merunggai pokok tersebut untuk di gantung di pintu rumah dan tingkap, kononnya sebagai pencegah agar orang minyak tidak boleh masuk rumah. Entah dari mana maklumat daun moringa atau merunggai atau kelor ini ditakuti oleh orang minyak dan makhluk ghaib yang mereka dengar. Apa yang pasti, pohon merunggai di depan rumah saya itu akhirnya jadi korban dan mati kerana daun dan ranting2nya diambil oleh orang ramai. Begitulah kuatnya kepercayaan masyarakat terhadap keajaiban moringa, mampu menjadi "senjata" mengusir makhluk halus. 

Daun moringa atau kelor merupakan tumbuhan berakar tunggal yang mengandung nitrogen sangat tinggi dan berguna untuk menyuburkan tanaman di sekeliling. Daun kelor mempunyai struktur daun yang sangat kecil. Sejak zaman dahulu pokok ini sering ditanam sebagai tempat berteduh. Dalam Al-Quran Al-Fath ayat 29, daun kelor disifatkan sebagai tumbuhan yang menyejukkan dan mendamaikan hati. Ciri-ciri tumbuhan moringa sejuk ini dikatakan tumbuhan yang sengaja dicipta oleh Allah SWT untuk meresahkan hati musuh musuh Islam dan menenangkan hati orang beriman.​​

“...Demikianlah ciri-ciri mereka di dalam Taurat dan ciri-ciri mereka di dalam Injil, iaitu seperti tumbuhan yang mengeluarkan tunasnya, pucuk itu menjadikan tanaman itu kuat kemudian ia tumbuh besar dan berserenjang dengan pokok itu; tumbuhan ini, meredhai penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang yang beriman)...” (QS. Al Fath ayat 29).
 





​​​​​
FAKTA SAINS MORINGA










BAHAYA DAUN MORINGA
 
Moringa, seperti mana-mana tumbuhan ubatan, boleh menyebabkan kemudaratan disebabkan oleh kesan farmakologi langsung beberapa komponennya, interaksi dengan ubat yang biasa digunakan atau kehadiran bahan cemar yang tidak diketahui. Mekanisme tindakan moringa yang tepat tidak diketahui dan kebanyakan kajian telah menyiasat secara eksklusif sifat anti-radangnya, walaupun kesannya pada pesakit kami adalah sebaliknya.
 
Kesan buruk moringa yang dilaporkan termasuk perubahan dalam fungsi hati dan buah pinggang, keguguran, perubahan dalam parameter hematologi, cirit-birit, insomnia dan lithiasis. Tiada kesan buruk dilaporkan  ke atas kulit. 
 
Beberapa kajian Moringa oleifera telah diterbitkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya kajian ke atas tikus, dan telah menunjukkan bahawa kesan berbahaya ini nampaknya meningkat dalam korelasi dengan dos dan tempoh penggunaan. Walau bagaimanapun, sedikit usaha telah dibuat untuk menyeragamkan ekstrak moringa yang dikaji dan kerana itu sukar untuk membandingkan dan membezakan keputusan antara kajian.

Oleh itu elak ambil daun kelor atau moringa secara sebarangan dan berlebihan kerana apa jua herba dan tumbuhan yang ada kesan perubatan, hatta ubat hospital sekali pun, akan memberi kesan mudarat andai pengambilan melebihi dos. Adalah sukar untuk menentukan jumlah dos bagi moringa yang masih dalam bentuk asal (tumbuhan) melainkan ianya telah diproses secara saintifik dan menepati piawai perubatan, lulus KKM misalnya. Banyak produk produk yang berasaskan daun moringa atau kelor ini di pasaran dan paling terbaru yang mendapat sambutan adalah DND Moringa Plus keluaran Dr Nordin Darus. 


Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin Dan Makhluk Halus  whatsapp

Sila layari Web ini : https://websaya.biz/cybermom



Lain Lain Post Kategori yang sama
Artikel

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAUN KELOR

RM 0.00
More Info..

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FARMASI

RM 0.00
More Info..

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
More Info..

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA KEGAGALAN GINJAL DAN

RM 0.00
More Info..

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTERNATIF SAKIT SENDI 20

RM 0.00
More Info..

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin

RM 0.00
More Info..

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BANTUAN KELUARGA MALAYS

RM 2500.00
More Info..

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBIL MINYAK SACHA INCHI

RM 0.00
More Info..