Tumbuhan Horny Goat atau Rumpai Kambing Ghairah (Bahasa Malaysia) atau Pokok Miang Kambing (Bahasa Indonesia) adalah nama lain untuk Epimedium atau Yinyanghuo yang merupakan ubat herba tradisional Cina. Tumbuhan yang membuat kambing jadi "horny" ini juga dipanggil Rumput Tanduk Kambing. Herba ini terkenal dan kerap digunakan sebagai bahan dalam penghasilan ubat dan suplemen untuk penyelesaian masalah kesuburan sistem reproduksi lelaki seperti mati pucuk. Alithera Plus adalah antara suplemen yang terkini.
Mendengar nama tumbuhan ini "Horny Goat" atau "Kambing Ghairah", pasti menimbulkan tanda tanya pada kebanyakan orang. Kenapa harus kambing ghairah dan bernafsu?. Pasti ada kisah disebaliknya.
Menurut kitab tua China, tumbuhan ini mula ditemui oleh seorang penggembala kambing yang telah menyaksikan peningkatan aktiviti mengawan (seksual) dalam kawanan kambing beliau setelah memakan satu jenis tumbuhan liar di tanah kawasan gembalaannya. Kerana tidak tahu nama tumbuhan tersebut, lalu diberi nama pokok " Kambing Ghairah" atau dalam bahasa Inggeris " Horny Goat". Inilah asal usul bagaimana herba tersebut mendapat namanya.
APA ITU HORNY GOAT
Horny Goat adalah herba yang telah menjadi ubat tradisional di China selama berabad-abad. Ia digunakan untuk merawat libido rendah, mati pucuk, kurang tenaga, sakit tulang dan bermacam masalah kesihatan lain. Ia mengandungi bahan kimia yang boleh meningkatkan aliran darah dan meningkatkan fungsi seksual. Ia juga mengandungi fitoestrogen, yang bertindak sama dengan hormon estrogen.
BAGAIMANA HORNY GOAT MERAWAT MATI PUCUK
Epimedium atau Horny Goat merawat mati pucuk terutamanya melalui sebatian aktifnya yang dipanggil "icariin," yang berfungsi dengan menghalang phosphodiesterase jenis 5 (PDE5), enzim yang memecahkan cGMP, molekul penting untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. Pada asasnya dengan menyekat PDE5, icariin membantu meningkatkan aliran darah ke zakar, meningkatkan fungsi ereksi.
Peranan icariin adalah merangsang pengeluaran nitrik oksida, molekul yang melegakan saluran darah dan memudahkan ereksi. Dengan melegakan saluran darah zakar, icariin meningkatkan aliran darah ke zakar, menyumbang kepada fungsi ereksi yang lebih baik.
Icariin juga berfungsi meningkatkan tahap testosteron, yang juga boleh memainkan peranan dalam meningkatkan keupayaan seksual.
Penyelidikan sains menunjukkan bahawa icariin mungkin mempunyai sifat neuroprotektif, berpotensi membantu mengekalkan fungsi saraf yang sihat dalam zakar. Ia penting untuk fungsi ereksi.
KELEBIHAN HORNY GOAT/EPIMEDIUM
✅ Bantu rawat mati pucuk
✅ Bantu atasi berbagai masalah seksual
✅Boleh menguatkan tulang yang lemah dan rapuh.
✅Bantu atasi masalah kesihatan selepas menopaus.
✅Bantu pulihkan kepenatan dan kekurangan tenaga
✅ Bantu kurangkan kesakitan
✅ Bantu redakan Demam hay
✅ Boleh redakan Aterosklerosis
✅ Bantu rawat sakit saraf
Nah..Pokok Miang Kambing atau Rumpai Kambing Ghairah, istilah perubatannya Epimedium, tidak hanya memberi tenaga dan kesan "horny" kepada kambing, malah ia turut dapat dimanfaatkan oleh manusia.
Untuk memaksimakan kesan positif Epimedium sebagai suplemen kesihatan seksual lelaki yang berkesan, herba ini kerap digabungkan dengan herba herba afrodisiak lain seperti Tongkat Ali, Maca Root dan Ginseng India (Ashwagandha) sebagaimana yang terdapat dalam Alithera Plus keluaran syarikat TDC Holding
Sila layari Web ini : na