CARA BERKESAN ATASI TANDAS TERSUMBAT (DIY)

CARA BERKESAN ATASI TANDAS TERSUMBAT (DIY)

RM 0.00

SUPLEMEN KLOTO KKLTO UNTUK CKD PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

Masalah tandas atau sinki tersumbat adalah lumrah di mana mana kediaman. Punca kesumbatan sinki antaranya kerana pengumpulan sisa makanan seperti minyak, lemak, residu sabun cuci dan sisa serbuk teh, kopi dan sebagainya.

Tandas tersumbat pula biasanya disebabkan pengumpulan dan mendapan sisa mandian seperti rambut, resifu sabun dan bahan asing seperti kertas, kapas, buangan tuala wanita dan lain lain. Ini ditambah dengan cara kendalian dan penggunaan sinki dan tandas yang tidak sewajarnya.

Cara mudah atasi masalah sinki dan tandas tersumbat adalah dengan mendapatkan khidmat plumber. Bagi yang berduit, ia bukan masalah besar memandangkan charge khidmat seorang plumber agak mahal, mencecah ratusan ringgit juga. Untuk yang ada kekangan kewangan, solusi terbaik adalah DIY atau lakukan sendiri.

Banyak cara dan kaedah untuk selesaikan masalah sumbatan sinki dan tandas di rumah. Antaranya ialah dengan menggunakan air panas didih, campuran cuka dan soda atau asid untuk melarutkan pengumpulan sisa selain guna alat "drain snake" atau "plunger".

Saya tak bercadang menghurai panjang perincian setiap satu cara atasi kesumbatan diatas. Fokus saya hanyalah kepada toilet/sinki "high pressure plunger pump", iaitu satu alat terkini yang paling berkesan dan mudah untuk selesaikan isu sinki dan tandas tersumbat. Ini berasaskan dari pengalaman mr suami sendiri yang telah guna pump tersebut ketika bilik air di rumah kami bertakung selain aliran air tandas selepas flushing tersekat dan perlahan akibat sumbatan. Inisiatif ni pun dibuat setelah semua ikhtiar lain gagal selesaikan masalah. Masalah sumbatan selesai pada hari yang sama sebaik kami terima dan guna pam ini.

Lantai bilik air dah tak tersumbat lagi dengan penggunaan alat begini

 Tandas pun dah ok, laju jer aliran air selepas flushing


Apa Itu Toilet High Pressure Plunger Pump?

Toilet High Pressure Plunger Pump atau Pam Pelocok Tandas Tekanan Tinggi  adalah satu alat atasi masalah tandas dan sinki tersumbat pelbagai fungsi. Alat ini boleh menyahsumbat tandas dan juga boleh digunakan dalam pelbagai senario seperti longkang lantai bilik mandi, singki dapur dan singki basuh yang bermasalah sama.

Ia dicipta berasaskan tekanan udaranya yang berkuasa tinggi, memberi tekanan atau kuasa tolakan sangat powerful untuk menanggalkan sumbatan akibat gumpalan seperti rambut, tuala, kertas, daun, sisa makanan, sisa lemak, minyak dan lain lain bagi memastikan semua jenis paip bebas daripada halangan.

Pam Pelocok Tandas pelbagai fungsi ini memaparkan bacaan tekanan udara semasa (realtime), membolehkan pengguna selaraskan kuasa tekanan mengikut keperluan dan keadaan sumbatan. Secara umumnya gunakan tekanan 1-2 bar untuk sinki, 3-4 bar untuk pembetung dapur, 4-5 bar untuk tandas dan 5-6 bar untuk longkang lantai.

Penggunaan pam ini sangat memudahkan, menjimatkan ruang simpanan anda. Reka bentuk inovatif pam ini menjadikannya lebih mudah untuk digunakan dan lebih memenuhi keperluan keluarga moden hari ini. Ia diperbuat daripada cangkerang keluli tahan karat serta tahan lama selain mudah dibersihkan dan boleh digunakan berulang kali untuk masa yang lama.

Harga Pam Pelocok Tandas ni murah saja, kurang lebih RM50. Anda boleh dapatkan sendiri di platform Shopee, Tiktok atau Lazada.

NOTA:

Untuk sumbatan lantai bilik air seperti yang kami alami, ulangi proses pam beberapa kali agar sumbatan hilang sepenuhnya. Bagi tandas tersumbat pula, disaran untuk menutup (cover) dulu mangkuk tandas dengan plastik lutsinar untuk mengelakkan percikan sewaktu proses mengepam dilakulkan. Pastikan juga setting kuasa tekanan dibuat mengikut saranan, cukup maksima 6 bar sudah memadai selain elakkan anak anak berada berdekatan ketika kerja kerja dilakukan.

* Rekaan pump tandas ni lebih kurang "pump gun" yang menggunakan kuasa tekanan angin yang tinggi untuk menolak dan membersihkan pengumpulan sisa buangan dalam saluran yang tersangkut, punca kepada kebanyakan masalah sumbatan tandas dan sinki.
 



SUPLEMEN KLOTO KKLTO UNTUK CKD PENYAKIT BUAH PINGGANG KRONIK whatsapp

Sila layari Web ini : https://websaya.biz/cybermom



Lain Lain Post Kategori yang sama
Artikel

CARA BERKESAN ATASI TANDAS TERSUMBAT (DIY)

RM 0.00
More Info..

RISIKO BELI PRODUK DND CARA COD TAKUT TERJERAT PENJUAL PENIPU

RM 0.00
More Info..

PRODUK DND HARGA MURAH JIMAT DARI DR NOORDIN DARUS SEMPENA TAHUN BARU

RM 0.00
More Info..

SCAMMER PRODUK SUPPLEMENT KESIHATAN DR NOORDIN DARUS HASIL TEKNOLOGI A

RM 0.00
More Info..

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAUN KELOR

RM 0.00
More Info..

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FARMASI

RM 0.00
More Info..

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
More Info..

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA KEGAGALAN GINJAL DAN

RM 0.00
More Info..

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTERNATIF SAKIT SENDI 20

RM 0.00
More Info..

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin

RM 0.00
More Info..

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BANTUAN KELUARGA MALAYS

RM 2500.00
More Info..

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBIL MINYAK SACHA INCHI

RM 0.00
More Info..


































Terima Kasih Melawat Web Peribadi : cybermom

Name = Jee
No Hp = 601117682310
Link Web Penuh : https://websaya.biz/cybermom


penaja iklan pnext.biz
Dapatkan Info di cybermom

© 2022 Copyright: https://websaya.biz/cybermom