TIPS MENDAPATKAN INTERNET YANG LAJU UNTUK HP DAN GADGET ANDA

TIPS MENDAPATKAN INTERNET YANG LAJU UNTUK HP DAN GADGET ANDA

RM 0.00

REVIEW JAECOO J7 MALAYSIA|SUV MEWAH HARGA MARHAEN

Bosan dan menyampah kerana internet handphone atau laptop anda selalu slow? Nak lajukan internet untuk selesaikan banyak tugasan dan aktiviti yang tertangguh? Penstriman video, games dan sidang video anda kerap terganggu kerananya? Menyakitkan hati bukan?
 


Berikut adalah 8 cara berkesan untuk melajukan internet gadget anda. Selamat mencuba ya!

1. Guna peranti (hp/laptop/pc) berkeupayaan tinggi dan terkini. Peranti lama mungkin tidak dapat support internet berkelajuan tinggi sekali pun anda melanggan telco internet berkelajuan tinggi 5G misalnya.

2. Pastikan kedudukan anda berdekatan dengan isyarat dan wifi yang kuat tanpa halangan seperti dinding bangunan, tembok, lantai dan sebagainya. Untuk kegunaan wifi bagi rumah yang besar, anda disaran guna nod mesh untuk liputan meluas dan lebih kuat ke seluruh rumah. Pastikan juga anda jauh dari peranti elektronik seperti tv, radio, microwave, peti ais dan lain2 ketika melayari internet.

3. Minimakan bilangan peranti yang digunakan ketika mengakses internet. Jika banyak peranti digunakan dalam satu satu masa khususnya untuk penstriman, mainan video atau sidang video, ia melibatkan penggunaan data yang besar dan boleh jejaskan kelajuan internet.

4. Sentiasa bersihkan cache App dari peranti anda. Cache yang banyak menggunakan saiz RAM yang besar. Ia boleh jejaskan prestasi dan kelajuan fungsi hp, tablet atau laptop anda.

a. Pergi ke Tetapan
b. Pilih Apl
c. Pilih Apl
d. Pergi ke Storan & Cache
e. Pilih Kosongkan Cache

5. Reset sambungan internet. Jika guna wifi di rumah, anda boleh reset router. Jika guna data hp (bluetooth), boleh reset sambungan internet dengan cara aktifkan " Airplane Mod" "untuk seketika. Kemudian tutup semula Mod tersebut.



6. Periksa dan pastikan purata kelajuan internet sehari yang telah anda langgan dari service provider menepati perjanjian sewaktu langganan. Lapor ke SKMM jika kelajuan internet jauh lebih rendah dari yang tercatat dalam perjanjian.

Anda boleh buat laporan di laman SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1

a. Pergi ke laman https://www.speedtest.net
b. Klik GO
c. Tunggu seketika hingga ujian selesai
d. Kemudian anda akan dapat keputusan kelajuan internet
e. Klik TEST AGAIN jika nak ulang ujian

Anda juga boleh melakukan perkara sama di laman http://www.fast.com

Selain itu anda juga boleh uji kelajuan internet menggunakan aplikasi dengan cara muat turun Aplikasi Speedtest by Ookla dari Google Play Store atau Apple App Store

7. Jika langkah2 di atas tidak juga hasilkan kesan positif, cuba lakukan "factory reset" peranti anda. Boleh jadi peranti anda bermasalah dan perlukan factory reset. Backup data dalam peranti tersebut sebelum lakukan langkah ini.

a. Buka menu Tetapan
b. Buka menu Sandaran & tetapan semula di bawah menu Peribadi
c. Klik Tetapan Semula Data Kilang di bawah menu Data peribadi
d. Baca maklumat pada skrin dan tekan Set Semula Telefon
e. Amaran akan muncul bahawa proses seterusnya akan memadam semua data daripada storan dalaman telefon bimbit
f. Apabila telefon menyelesaikan proses pemadaman, pilih pilihan untuk Restart semula telefon anda

8. Langgan pakej data internet lain dan bertukar kepada telco yang menawarkan internet 5G berkelajuan tinggi dan paling luas liputan signalnya. Dengan gabungan 2 telco gergasi yang memiliki aset terbesar di Malaysia iaitu Celcom dan Digi, menerusi usahama mereka bersama telco Be.life by Bemobile, kini anda boleh dapatkan pakej Plan Data Internet 5G Berkelajuan Tinggi yang paling menguntungkan berbanding apa yang ditawarkan oleh telco lain.

​​​​​​

Anda boleh lihat tawaran menarik pakej Pelan Data Internet 5G berkelajuan tinggi Be.Life CelcomDigi tahun 2024 ini di laman telco Be.life Malaysia



REVIEW JAECOO J7 MALAYSIA|SUV MEWAH HARGA MARHAEN  whatsapp

Sila layari Web ini : https://dealer.belife.com.my/join



Lain Lain Post Kategori yang sama
Artikel

TIPS MENDAPATKAN INTERNET YANG LAJU UNTUK HP DAN GADGET ANDA

RM 0.00
More Info..

BAHAYA MORINGA|LIMA SEKELUARGA KERACUNAN SAYUR DAUN KELOR

RM 0.00
More Info..

PANDUAN BELI UBAT TAHAN SAKIT / PAIN KILLER DI FARMASI

RM 0.00
More Info..

TUKAR DUIT E-MADANI KEPADA TUNAI

RM 0.00
More Info..

BAHAYA GOUT KEPADA KESIHATAN BUAH PINGGANG|PUNCA KEGAGALAN GINJAL DAN

RM 0.00
More Info..

KAEDAH MODEN RAWATAN SAKIT LUTUT DAN PENAWAR ALTERNATIF SAKIT SENDI 20

RM 0.00
More Info..

Kelebihan Moringa Dalam Rawatan Alternatif|Mitos Moringa Ditakuti Jin

RM 0.00
More Info..

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023|BANTUAN KELUARGA MALAYS

RM 2500.00
More Info..

BAHAYA SACHA INCHI OIL. BACA INI DULU SEBELUM AMBIL MINYAK SACHA INCHI

RM 0.00
More Info..


































Terima Kasih Melawat Web Peribadi : cybermom

Name = Jee
No Hp = 601117682310
Link Web Penuh : https://websaya.biz/cybermom


penaja iklan pnext.biz
Dapatkan Info di cybermom

© 2022 Copyright: https://websaya.biz/cybermom