Pil Perangsang Testosteron, Libido Dan Rawat Mati Pucuk DND Jantana Dr Nordin Darus

Pil Perangsang Testosteron, Libido Dan Rawat Mati Pucuk DND Jantana Dr Nordin Darus

RM 220.00

MINYAK SACHA INCHI ORIGINAL|SACHA INCHI OIL ASLI DR NOORDIN DARUS
DND Jantana adalah supplement untuk merawat masalah kesihatan seksual kaum lelaki. Pil Jantana Dr Nordin Darus berfungsi merangsang testosteron, menambah libido, melancarkan aliran darah, meningkatkan tenaga, stamina, ereksi dan ketahanan ketegangan zakar, meningkatkan kesuburan dan penambahan volume sperma atau air mani selain menjaga kesihatan kelenjar prostat. DND Jantana mampu merawati mati pucuk secara alami tanpa mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan kerana ianya bebas steroid, tanpa sildenafil, tadalafil atau vardenafil seperti yang terkandung dalam ubat kuat lelaki viagra, cialis dan levitra.

Kapsul Jantana ini merawat fungsi sistem reproduksi kaum lelaki secara dalaman  untuk membantu memulihkan kembali keupayaan seksual ketika perhubungan intim bersama pasangan.

Antara tanda-tanda atau gejala tubuh anda kekurangan testosteron dan fungsi kesihatan seksual anda sedang menghadapi masalah adalah seperti berikut:
 


Jika anda sedang alami satu atau lebih simptom seperti kurang gairah seksual, mati pucuk, kurang aktiviti hubungan seks, gangguan perasaan, gagal lakukan penetrasi ketika bersama pasangan atau lainnya seperti gambaran di atas, maka Pil DND Jantana keluaran Dr Nordin Darus ini amat sesuai untuk anda. 

Pil Jantana Dr Nordin Darus ini terhasil dari 6 ramuan terbaik yang diperakui pakar tentang kesan aprodisiak mereka iaitu keupayaan tumbuhan herba berkenaan untuk merawati dan menjaga kesihatan dan fungsi alat kelamin kaum lelaki.

​​​​​
1. Maca Root (Akar Maca)
Manfaat utama Maca Root ialah melancarkan peredaran darah serta mempertingkatkan tahap kesuburan sistem reproduksi kaum lelaki

2. Gokshura
Gokshura ialah tumbuhan berdaun kecil yang merupakan ahli keluarga caltrop. Ia tumbuh di kawasan yang mempunyai suhu panas seperti Asia selatan, Eropah Selatan, Afrika dan Australia Utara. 

Saponin yang terdapat dalam Gokshura membantu dalam memperbetulkan masalah mati pucuk kerana ia menguatkan tisu zakar dan meningkatkan ereksi zakar. Dalam salah satu kajian, ekstrak Gokshura menunjukkan peningkatan ketara dalam ICP atau tekanan intracavernous (penanda fisiologi fungsi erektil​​​​). Ia juga meningkatkan tenaga, kekuatan, kuantiti dan kualiti sperma serta merangsang hormon testosteron selain berfungsi mengawal dan memelihara kesihatan kelenjar prostat dan sistem perkumuhan pembuangan air kecil. 

3. Deer Antier (Tanduk Rusa)
Antara khasiat penting Tanduk rusa adalah merangsang libido, menguatkan ketegangan dan ereksi zakar, meningkatkan Stamina dan tenaga vital

4. Arginine
Ramai yang mungkin kurang tahu tentang arginine. Arginine atau juga disebut L-Arginine ialah asid amino yang membantu membuat protein. Ia juga menjadi gas nitrik oksida (NO) dalam badan. NO adalah penting untuk fungsi ereksi kerana ia membantu saluran darah berehat, jadi lebih banyak darah kaya oksigen boleh beredar melalui arteri anda. Aliran darah yang sihat ke arteri zakar adalah penting untuk fungsi ereksi zakar yang normal.

L-arginine telah dikaji secara meluas sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat masalah mati pucuk (ED), menjaga kesihatan jantung, tambah tenaga, menguatkan imun selain untuk awet muda.

5. Citrulline
Citrulline atau L-citrulline ialah asid amino yang terdapat dalam tembikai. Ia juga dihasilkan oleh badan. Badan menukar L-citrulline kepada asid amino lain yang dipanggil L-arginine. Nama citrulline berasal dari Citrullus vulgaris, istilah Latin untuk tembikai.

Antara kebaikan citrulline ialah mengatasi & merawat mati pucuk, memperbaiki ketegangan/ereksi zakar, merangsang tenaga dan menguatkan fungsi jantung

6. Zinc
Zink ialah unsur logam semulajadi. Sesetengah jenis sayuran, daging dan makanan laut kaya dengan zink. ED atau mati pucuk adalah ketidakupayaan lelaki untuk mencapai ereksi untuk penetrasi sewaktu hubungan intim. Ia adalah salah satu masalah seksual yang paling biasa dihadapi oleh lelaki dari semua peringkat umur. Zink membantu badan menghasilkan testosteron yang mencukupi untuk aktiviti tersebut.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa tahap zink dan kualiti sperma sangat berkaitan. Kekurangan zink atau tahap zink yang rendah dalam tubuh boleh mempengaruhi beberapa faktor yang berkaitan secara langsung dengan kesuburan lelaki seperti testosteron rendah dan penurunan kualiti sperma. Oleh itu amat penting memastikan tahap zink yang sesuai dan sentiasa mencukupi untuk mencapai kesihatan sperma yang optimum dan kesuburan lelaki secara keseluruhan.


*Jimat RM60.00 pembelian pack 2 botol

TESTIMONI DND JANTANA



 

KEPENTINGAN TESTOSTERON

Testosteron adalah sejenis hormon yang dihasilkan buah zakar (testis) lelaki yang mempunyai beberapa fungsi penting sepanjang hayat seseorang lelaki.

Hormon ini bertanggungjawab ke atas ciri-ciri seksual sekunder seseorang lelaki seperti pertumbuhan rambut di badan dan pertumbuhan kemaluan serta pertukaran suara. Ia juga memainkan peranan dalam penghasilan benih sperma dan proses lonjakan pertumbuhan.

Kajian yang dijalankan di Lembah Klang dan di Sarawak mendapati bahawa pada setiap masa, atau kadar kelaziman, masalah kekurangan testosterone berlaku kepada hampir 20 peratus lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Masalah ini memberikan satu impak kepada masyarakat umum kerana pada usia 40 tahun ke atas, ramai lelaki memainkan peranan penting sebagai ketua keluarga dan berada di kemuncak karier sebagai pemacu ekonomi negara. Oleh itu, masalah kekurangan testosteron ini perlu diberikan perhatian.

Pakar Perunding Urologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Dr Ngoo Kay Seong berkata, tahap testosterone berbeza-beza bagi setiap lelaki.

"Secara am, paras normal berada pada julat di antara lapan hingga 29 nanomol per liter.

"Dalam kalangan lelaki dewasa yang sihat, tahap testosteron akan berkurangan apabila usia lanjut bermula dari usia lewat 30-an sehinggalah 80 tahun," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, masalah kekurangan hormon testosterone ini boleh berlaku sejak lahir dan biasanya ini dikaitkan dengan masalah genetik seperti sindrom Kallmann dan sindrom Klinefelter.

"Punca-punca lain termasuk kecederaan atau ketumbuhan di otak atau kelenjar pituitari, dan kecederaan atau barah di buah zakar atau pembedahan pengasian (buang buah zakar).

"Rawatan kemoterapi dan penggunaan sesetengah ubat secara kronik termasuk salah guna hormon perangsang juga boleh mengakibatkan gejala ini.

"Namun demikian, yang mendatangkan masalah adalah dalam kalangan lelaki dewasa yang mempunyai masalah obesiti dan penyakit metabolik lain seperti kencing manis dan kolesterol tinggi," katanya.

Beliau berkata, secara umum, terdapat dua kumpulan gejala yang dikaitkan dengan kekurangan hormon iaitu tanda-tanda seksual dan bukan seksual.

"Gejala seksual termasuk mati pucuk, kurang dorongan seks atau libido, kurang upaya untuk zakar mengeras secara spontan pada sebelah pagi (morning erections) dan kesukaran mencapai puncak syahwat (orgasm).

"Tanda-tanda bukan seksual pula adalah seperti sentiasa berasa penat dan cenderung mengantuk, gangguan konsentrasi, kemurungan, kekurangan daya stamina dan kesejahteraan hidup. Ada juga yang melaporkan gangguan terhadap prestasi kerja," katanya.

Kekurangan testosteron boleh memberi pelbagai kesan terhadap fizikal termasuk kemerosotan jisim otot-otot dan tenaga otot badan, kerapuhan tulang, pertambahan jisim lemak badan, peningkatan ukur-lilit pinggang, kekurangan pertumbuhan rambut seperti di dagu dan badan, buah zakar (testis) mengecil dan ada kalanya, bengkak payu dara.

Jelasnya, terdapat beberapa kaedah rawatan yang sesuai untuk menangani masalah kekurangan hormon ini termasuk mengamalkan gaya hidup sihat, hindari tabiat merokok atau minuman keras dan pastikan berat badan berada pada paras normal.

"Bagi mereka yang bergejala, rawatan yang disyorkan adalah Terapi Penggantian Testosteron dengan menggunakan tiga kaedah utama iaitu pengambilan kapsul testosterone undecanoate, suntikan testosterone undecanoate dan gel testosteron.

"Bukan semua rawatan terapi ini sesuai untuk semua lelaki. Paling penting sebelum memulakan rawatan, pesakit diberi kaunseling mengenai ekspektasi pesakit, kesan sampingan hormon gantian dan kekerapan berjumpa pegawai atau pakar perubatan untuk menilai paras hormon," katanya.

Jelasnya, kesedaran mengenai penyakit kekurangan testosteron ini masih kurang dalam kalangan masyarakat.

"Rata-rata, ramai yang belum mengetahui mengenai penyakit ini termasuk juga dalam kalangan pengamal perubatan.

"Berasa segan atau malu juga salah satu faktor.

Berbanding wanita, lelaki biasanya tidak begitu cenderung untuk mencari maklumat kesihatan atau berusaha ke arah pencegahan penyakit.

"Ramai dalam kalangan masyarakat juga tidak menyedari bahawa sindrom kekurangan hormon testosteron ini adalah satu penyakit yang boleh ditangani," katanya.

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki, pada bulan ini, beliau berharap semua lelaki mengambil kesempatan ini untuk menilai kesihatan diri sendiri.

"Seperti yang disarankan kerajaan baru-baru ini, rakyat Malaysia perlu memberikan fokus terhadap isu obesiti, penyakit kronik metabolik dan penyakit kardiovaskular.

"Semua penyakit ini adalah berkait rapat dengan masalah hormon testosteron, khasnya lelaki dewasa.

Sumber: Harian Metro Online


*Untuk mendapatkan supplement hebat Jantana ini yang diformulasikan oleh Dr Nordin Darus khusus dari herba terpilih yang terbukti "power" kesan aprodiasaknya bahkan mahal bahan mentah utamanya, anda dikehendaki membuat Pre-Order terlebih dahulu kerana pengeluarannya adalah terbatas, batch by batch dan dikawal selia ketat oleh klinik Dr Nordin Darus. Penghantaran DND Jantana ke Singapore dan Brunei juga disediakan. 



MINYAK SACHA INCHI ORIGINAL|SACHA INCHI OIL ASLI DR NOORDIN DARUS whatsapp

Sila layari Web ini : https://websaya.biz/cybermom



Lain Lain Post Kategori yang sama
Kesihatan

PENGALAMAN BERUBAT DENGAN BOMOH GOUT|PENEMUAN DND SUPREZ

RM 190.00
More Info..

DND SUPREZ PENAWAR GOUT, SAKIT SENDI DAN ARTHRITIS 2023

RM 190.00
More Info..

MINYAK SACHA INCHI ORIGINAL|SACHA INCHI OIL ASLI DR NOORDIN DARUS

RM 98.00
More Info..

KOPI SACHA INCHI DR NOORDIN DARUS HARGA PROMOSI|DND ROYAL COFFEE ARABI

RM 56.00
More Info..

MINUMAN SUNNAH TERBAIK RAMADHAN ATASI HIDRASI BULAN PUASA|FAKTA SAINS

RM 150.00
More Info..

Pil Perangsang Testosteron, Libido Dan Rawat Mati Pucuk DND Jantana Dr

RM 220.00
More Info..

KEAJAIBAN CAMPURAN MORINGA PEGAGA DALAM MORINGA PLUS DAN TESTIMONI

RM 118.00
More Info..

SENARAI HARGA PRODUK DND DR NORDIN DARUS TAHUN 2023

RM 0.00
More Info..

PENGEDAR SACHA INCHI OIL DND 369 DAN FIBERUP|PENAWAR PENYAKIT TIGA SER

RM 98.00
More Info..

RAWATAN GOUT DAN ARTHRITIS DENGAN DND RX9, RX10 DAN RX11

RM 220.00
More Info..