RM 0.00

REVIEW JAECOO J7 MALAYSIA|SUV MEWAH HARGA MARHAEN
Pengeluar kereta terkemuka, CHERY Auto Malaysia Sdn Bhd telah membuat pelaburan besar dengan membuka Kilang CHERY Corporate Malaysia di Shah Alam, Selangor. Fasiliti itu adalah yang julung kali dan pertama di rantau ASEAN untuk menghasilkan SUV OffRoad premium yang dinanti-nantikan ramai iaitu JAECOO J7.

Kini Jaecoo J7 telah pun dibuka untuk tempahan. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mengalu-alukan SUV ini. Penghantaran pertama pesanan dijangka pada suku ketiga tahun 2024 ini. Anggaran harga yang ada buat waktu ini adalah untuk dua varian J7 pertama yang tersedia. Bagi pacuan roda hadapan asas (2WD) dianggarkan dijual pada harga RM150,000, manakala pacuan semua roda (AWD) pula RM10,000 lebih mahal, sekitar RM160,000. Terdapat empat warna pilihan iaitu Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White dan Model Green.

Berbaloikah untuk warga Malaysia melaburkan RM150,000 atau lebih bagi memiliki SUV Jaecoo J7 jelmaan Range Roover yang dikatakan ramai sebagai SUV mewah harga marhaen?. Video video review Jaecoo J7 dari beberapa sifu popular kereta dibawah tentunya akan dapat membantu anda membuat keputusan.














Semua sifu kereta diatas jelas memberi komen sangat positif terhadap SUV keluaran syarikat dari negara China itu. Malah mereka begitu konfiden memberi pendapat sedemikian. Dari sudut rupa bentuk luaran Jaecoo J7, bahagian interior serta prestasi kereta onroad dan offroad, review mereka yang baik baik belaka termasuklah harga "Range Rover" jelmaan tersebut, relatif murah.

Amacam? Berminat???
Apa pun jom TEST DRIVE Jaecoo J7 SUV ni dulu dan feel sendiri! Puas hati baru beli!


REVIEW JAECOO J7 MALAYSIA|SUV MEWAH HARGA MARHAEN  whatsapp

Sila layari Web ini : https://websaya.biz/cybermom



Lain Lain Post Kategori yang sama
Kenderaan

REVIEW JAECOO J7 MALAYSIA|SUV MEWAH HARGA MARHAEN

RM 0.00
More Info..

KERETA BYD EV BOLEH MENARI MELOMPAT. INI VIDEO NYA

RM 0.00
More Info..